Skip to content

AKTIVITI DI KAMPUNG AL QURAN

Disember 29, 2014

Aktiviti berasaskan Al Quran yang dilaksanakan di Kampung ini melibatkan semua penduduk dari umur empat tahun ke atas. Buat masa ini sudah terdapat beberapa aktiviti yang berkaitan dan ini merangkumi semua aktiviti yang dilaksanakan oleh Maahad Tahfiz Al Quran Wa al Tarbiyah al Diniyah, Kampung Relong. Antara yang sedang dilaksanakan ialah:

Program Hafazan Al Quran 30 juzuk yang dilaksanakan sebagai Program Sepenuh Masa yang melibatkan pelajar berumur 13 hingga 18 tahun. Program ini boleh juga disertai oleh penduduk Kampung Relong yang tidak tinggal di asrama. Kaedah pembelajaran boleh dirunding dengan pihak Maahad dan tiada had umur untuk peserta. Pelajar sekolah menengah boleh juga menyertai program ini sebagai peserta yang datang belajar ke maahad hujung minggu (dari Jumaat petang hingga Ahad petang).

Program Hafazan juzuk 30, 29 dan 28 ditawarkan oleh maahad melalui Program Separuh Masa dimana para pesertanya ialah murid-murid sekolah rendah dari darjah satu sehingga darjah enam. Waktu pembelajaranya adalah dari jam 2.30 hingga 5.00 petang pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat.

Dua program di atas melibatkan mereka yang berumur dari tujuh tahun hingga 18 tahun. Bagaimana pula yang lain? Sebenarnya terdapat dua program yang boleh disertai oleh mereka yang berumur dari 18 tahun sehingga ke akhir hayat.

Program pertama ialah Program Cakna Al Quran. Bagi program ini pihak maahad telah menyediakan beberapa orang ustaz dan ustazah bagi membantu mereka yang berharap dapat belajar mengaji Al Quran pada umur dewasa. Tempat belajar bergantung kepada persetujuan antara pelajar dan gurunya, sama ada di surau, masjid, di rumah kediaman atau di maahad. Buat masa ini para peserta adalah perempuan sahaja. Malang sekali, peluang ini tidak diambil oleh peserta lelaki atau mungkin peserta lelaki semuanya sudah pandai mengaji al Quran.

Kita perlu sedar bahawa terdapat hadis daripada Rasulullah SAW seperti berikut:

Daripada Syaidina Othman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Ingatlah nilai yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita berkaitan baik atau tidak kita ini di sisi Allah SWT. Orang yang baik ialah orang yang belajar Al Quran atau kalau sudah pandai mesti mengajar Al Quran kepada orang lain.

Program kedua bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas ialah Program Mengaji Al Quran Bersanad. Mereka yang sudah lancar membaca Al Quran dengan betul tajwid dan makhrajnya boleh mengikuti program ini. Diakhir pengajian mereka yang sudah membaca Al Quran dihadapan guru-guru sanad akan diiktiraf atau diberikan sanad bacaan al Quran. Akibat dari itu mereka bolehlah mengajar orang lain dengan bacaan yang piawai seperti yang disampaikan oleh Jibril ra. kepada Rasulullah SAW dan seterusnya daripada Rasulullah SAW kepada para sahabat dan seterusnya sehingga kepada kita hari ini.

Kemahiran Tajwid adalah ilmu sokongan bagi mencapai ketrampilan membaca Al Quran. Oleh itu kelas-kelas tajwid juga dianjurkan. Pada masa ini pengajian tajwid dilaksanakan di Masjid Relong, Surau Bukit Berangan dan Surau Sungai Batu. Kepada mereka yang ingin mendalami ilmu tajwid bolehlah pergi belajar ke tempat yang dinyatakan di atas.

Satu aktiviti baru yang akan dilaksanakan awal 2015 ialah Program Pra Tahfiz. Program ini disediakan untuk anak-anak yang berumur dari empat tahun sehingga ke enam tahun (Pra Sekolah). Dilaksanakan pada setiap pagi hari persekolahan dari Isnin sehingga Jumaat dari jam 7.45 pagi hingga 12.00 tengahari. Dengan terzahirnya program ini maka lengkaplah aktiviti berkaitan Al Quran merentasi umur dari empat tahun sehingga 60 atau 70 tahun dilaksanakan di Kampung Al Quran.

Marilah kita hayati hadis berikut: Daripada At Tabarani, daripada Syaidina Ali bin Abi Talib karramallahu-wajhah, bahawasanya Nabi SAW pernah bersabda: “Ajarkanlah anak-anak kamu tiga perkara: Mencintai Nabi kamu, dan mencintai keluarganya serta membaca Al Quran. Sebab para pembaca Al Quran berada di sisi Arasy Allah bersama-sama para anbiya’Nya dan ashfiya’Nya pada hari tiada naungan melainkan naungan Allah sahaja.”

Program-program yang dibincangkan di atas semuanya berkaitan dengan usaha membaca atau mengaji Al Quran. Bagi memahami isi kandungan Al Quran terdapat banyak aktiviti lain yang dijalankan, antaranya:

Kuliah Tafsiar Al Quran setiap Jumaat (sebelum masuk waktu solat Jumaat) di Masjid Relong yang dikelola oleh Imam Masjid.

Kuliah Tafsir untuk muslimat yang diadakan pada setiap pagi Khamis selepas solat subuh dikelola oleh Ustazah Hajjah Siti Salamah Salim.

Kuliah selepas Solat Maghrib di adakan di Masjid, Surau Bukit Berangan, Surau Sungai Batu dan juga sekali sekala di Surau Relong Seberang.

Kuliah subuh setiap pagi Ahad di adakah di Masjid Relong dikelolakan oleh Imam Masjid dan dibantu oleh beberapa orang yang dipilih.

Ceramah bulanan dilakasnakan oleh Maahad Tahfiz bersama JKKK Kg Relong dan ceramah sempena Hari Kebesaran Islam yang diurus oleh Badan Kebajikan Masjid Relong.

Aktiviti dalam perancangan adalah penerbitan Buletin Al Furqan dan kempen “I want to touch and read Al Quran”. Semoga aktiviti di atas dapat diteruskan dan ditambah dengan aktiviti lain untuk merealisasikan Kampung Relong Sebagai Kampung Al Quran. Wallah wa’lam.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: